Toggle top modules
Muka Utama
UMNO DAN KONSEP ISLAM HADARI YANG TIDAK DITERIMA MAJORITI ORANG MELAYU-ISLAM
Written by Administrator   
Wednesday, 01 July 2009

 

Dalam analisa kami selepas PRU-12, antara sebab-sebab kekalahan UMNO adalah larinya penyokong setia diam (silent core supporters) yang mereka tidak mahu ‘disabitkan dengan ISLAM HADARI’. 

Sebenarnya isu ISLAM HADARI telah menghambat UMNO dan orang-orang Agama UMNO tidak mampu untuk berdebat dengan PAS mengenainya.  Tanya ustaz-ustaz yang dulunya secara terang atau diam menyokong UMNO dan berkempen untuk UMNO tetapi telah lari kepihak lain.

Dalam setahun lebih kita hampir lupa dengan isu ISLAM HADARI dan ramai jiwa orang-orang UMNO yang menjadi tenang.

Mengapa hari ini ada semacam usaha untuk menggerakkan ISLAM HADARI itu?  Adakah kita tidak menyedari perkara ini atau sengaja membuatnya walaupun telah tahu risikonya?

Pada hemat kami UMNO tidak perlu melebalkan Islam kita.  Kita buat apa yang terdaya dalam menguatkan Islam diri, keluarga, bangsa dan negara ini.  Ini akan memudahkan kita menangkis serangan PAS.

Pokoknya kita orang-orang UMNO buat dan kuatkan Islam.  InsyaAllah kekuatan UMNO akan kembali.

Bila kekuatan UMNO kembali rakan-rakan BN lain akan lebih menghargai kepimpinan UMNO.

 
DASAR PELABURAN BAHARU DAN POTENSI PENCAPAIAN EKONOMI BUMIPUTERA
Written by Administrator   
Wednesday, 01 July 2009

 

Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Dasar Pelaburan Baharu yang tidak lagi mengambil kira kepentingan 30% ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan memang tidak mengejutkan kerana begitu ramai yang telah melobi untuknya sejak beberapa tahun lalu. 

Mereka yang melobi itu bukan sahaja Bukan-Bumiputera tetapi  Melayu – Bumiputera yang telah kaya raya.  Mereka berbuat begitu kerana mahu melepaskan pegangan dengan nilai lebih tinggi.

Kini Melayu-Bumiputera akan bersaing sama rata dengan siapa sahaja.  Adakah Melayu-Bumiputera boleh bersaing?  Kena cuba dulu!

Adakah pelabur-pelabur Bukan-Bumiputera dan Asing akan mengambil Melayu-Bumiputera sebagai rakan kongsi pelaburan?  Kalau Merit nya ada.

Jadi apakah yang ada pada Melayu-Bumiputera untuk membina ‘competitive advantage’ (kelebihan bersaing) dalam persaingan pasaran terbuka?

Saya melihat aspek ‘kuasa beli Melayu-Bumiputera’ boleh dikuatkan supaya ianya boleh digunakan untuk meningkatkan daya kelebihan saing pelabur-pelabur Melayu-Bumiputera.

Aspek kedua adalah pengembelingan ‘kuasa pelaburan’ Melayu-Bumiputera seperti yang akan dilaksanakan oleh Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Kita mempertaruhkan anak-anak muda professional dan usahawan-usahawan muda kita untuk bersaing dengan lebih berkesan dalam syarikat-syarikat yang berkaitan dengan EKUINAS.  Semoga mereka dapat menebus maruah Melayu-Bumiputera dalam bidang perekonomian ini.

Dengan itu UMNO akan terus mendapat tempat dihati anak-anak muda yang khabarnya begitu gembira dan tidak sabar lagi mahu bersaing.

Harapan kita para Pelabur Asing / Pemilik Syarikat Asing  akan melihat prestasi anak-anak muda kita dengan Merit (bahasa popular hari ini) dan mereka akan berjaya dengan cemerlang bukan sahaja di Malaysia tetapi diperingkat seluruh dunia - global.

 
Pakatan Sumbang DAP-PKR-PAS Kelab Kabut
Written by Administrator   
Monday, 15 June 2009

 

Nyata pakatan sumbang DAP-PKR-PAS kelam kabut sekarang ni.  PAS kata 'kerajaan perpaduan'.  DAP kata 'PAS bahaya kepada PR'.  PKR kata 'Kita bawa chin Peng ke Malaysia'.

Penyokong PAS kena timbang, UMNO lebih baik ke DAP lebih baik dijadikan kawan.

Penyokong DAP pula kata 'takut juga bila PAS kawan dengan UMNO'.

Penyokong PKR pula kata ' bolehkah Chin Peng selamatkan YB DSAI bulan Julai ni?  Melayu dahlah tersangat marah pada DSAI.

Penyokong BN pula kata 'kita kerja dan khidmat kuat untuk menang di Manek Urai'.

Selamat berjuang UMNO-BN!!! 

 
Hassan Ali Seakan Menegak Benang Basah Isu Penyelewengan Perlantikan AJK Masjid Selangor
Written by Administrator   
Wednesday, 10 June 2009

 

Kenyataan-kenyataan YB. Dr. Hassan Mohamed Ali mempertahankan tindakan melantik individu-individu yang berbeza dengan  keputusan senarai AJK yang telah diputuskan dalam pemilihan dibanyak masjid di Selangor tidak ubah seperti menegak benang basah.

Beliau mengulas panjang lebar kriteria-kriteria yang telah digariskan dan mesti dipenuhi oleh para penjawat jawatan.  Semua orang faham dan akur dengan perkara tersebut.

Namun kita sedia maklum bahawa masjid itu institusi masyarakat dan ianya mestilah bertunjangkan masyarakat.  Kalau masyarakat telah mengundi maka sewajarnya ikutlah kehendak masyarakat.  Kalau calon yang diundi itu tidak layak (tidak memenuhi kriteria yang digariskansetelah diuji atau temuduga) maka Calon tersebut hendaklah dimaklumkan lebih awal tentang kelemahannya supaya mesej itu diterima oleh masyarakat dari awal lagi.

Apa salahnya terus terang sahaja memang ada tertimbangan dan agenda politik berlaku bagi memastikan calon-calon PAS Cawangan menang.  Calon-calon dari PKR ada juga yang dapat.  Calon-calon DAP tak dengar pula. 

Dengar dari mereka-mereka yang hadir dalam beberapa ceramah di masjid dan surau di Selangor, Ceramah Agama telah bertukar kepada Ceramah Politik DAP-PKR-PAS. 

Dengar khabar ramai jemaah yang heran dan terkejut dengan perkembangan tersebut.  Tidak heran sebab dari dulu mereka memang buat begitu walaupun AJK masjid masa UMNO berhati-hati  tidak benarkan, mereka menyamar jadi Penceramah Agama tapi bila dah pengang mikrofon sebut sahaja apa mereka suka.

Dalam perkara ini orang-orang UMNO ada dua pilihan sahaja.  Pertama duduk diam perhati sahaja kerenah mereka.  Kedua susun gerakan membuat yang lebih baik dari mereka.  Meminjam kata-kata hikmat sebuah Persilatan, ‘Gerak tanda hidup, Diam tanda mati’.

Disinilah peranan Biro Agama cawangan-cawangan UMNO menyusun gerak langkah aktiviti ke arah membangunkan masyarakat atau kariah secara hikmah dan bijaksana bersama masyarakat sendiri bersama atau tidak bersama masjid jika masjid kawasan telah bertukar kepada pusat politik DAP-PKR-PAS.

Kalau ada yang patut disaman maka samanlah!

 

 

 

 
PAS DAN KERENAH YAB NIK AZIZ
Written by Administrator   
Tuesday, 09 June 2009

  

Muktamar PAS telah berlalu.  Barisan kepimpinan baru telah dipilih. 

Pada suatu ketika dulu YAB Nik Aziz diterima oleh semua pihak.  Oleh PAS sebagai pemimpin dan ulamak.  Oleh sebahagian besar orang UMNO sebagai orang yang berpengetahuan agama.

Namun agenda YAB Tuan Guru Nik Aziz membelasah UMNO akhir-akhir masih lagi beliau teruskan dengan lebih gigih selepas Muktamar tamat. 

Persolan besar kita, adalah YAB Nik Aziz benar-benar mahu memecahkan Melayu Islam negara ini dengan mengatakan PAS itu benar dan UMNO sesat?

Benar-benarkah YAB Nik Aziz yakin bahawa Pakatan Sumbang DAP-PKR-PAS itu benar?

Adakah YAB Nik Aziz benar-benar tidak tahu bahawa penyokong PAS hari ini sedang keliru dengan kenyataan-kenyataan beliau yang membenarkan DAP dan PKR sehinggakan PAS hanya menjadi ‘tunggul’?

Adakah YAB Nik Aziz benar-benar mahu membawa PAS untuk bersengketa dengan UMNO kerana persepsinya hanya PAS sahaja yang betul dalam perjuangannya?

Adakah YAB Nik Aziz benar-benar tidak tahu agendanya menyerang UMNO habis-habisan itu menyakitkan juga hati penyokong-penyokong PAS yang anaknya UMNO, menantunya UMNO, adiknya UMNO, kakaknya UMNO, sahabatnya UMNO, imam suraunya UMNO, imam masjidnya UMNO, anak-anaknya belajar di universiti UMNO (kerajaan)?

Adakah PAS masih mahukan YAB Nik Aziz menjadi pemimpin yang membawa perpecahan hingga ke keluarga, keturunan dan persahabatan?

Adakah YAB Nik Aziz kebal dari ‘ISA’ sehinggakan beliau sanggup menghina UMNO begitu rupa?

Janganlah kerana mengejarkan ‘kuasa’ YAB Nik Aziz lupa kepada batas-batas dan adab-adab dalam ‘perdebatan bertentangan pendapat’. 

Tidak dapat dielakkan, mungkin sampai masa orang-orang UMNO menjawab segala belasahan YAB Nik Aziz itu dengan jelas supaya dapat mengingatkan beliau bahawa UMNO itu telah membawa kesejahteraan kepada negara sejak sebelum dan selepas Merdeka.

InsyaAllah dengan rahmatnya, kerja kuat, calon yang terbaik dan keikhlasan untuk membangunkan Islam dan penduduk Manaik Urai,  UMNO akan dapat memenangi hati rakyat dan memenangi kerusi DUN Manik Urai dalam Pilihanraya Kecil nanti.

 
UNJURAN PERKEMBANGAN EKONOMI 2009 NEGARA-NEGARA ASEAN
Written by Administrator   
Friday, 05 June 2009

 

  Unjuran Perkembangan Ekonomi -2009 
  Negara-Negara ASEAN  
     
BIL NEGARA PERATUSAN
     
1 Malaysia -1%
2 Singapore  -6% ke -9%
3 Thailand  -1.5% ke -3.5%
4 Indonesia   3% ke 4%
5 Brunei -0.40%
6 Vietnam -1.60%
7 Cambodia -1%
8 Philippines 3.10%
9 Laos 5%
10 Myanmar 4%
     

 

 
PERSILATAN, MELAYU DAN UMNO
Written by Administrator   
Friday, 05 June 2009

Dalam beberapa artikel lepas saya telah menyentuh tentang lesunya dunia persilatan Melayu dan implikasinya kepada generasi muda kita. 

Secara umumnya persilatan menjurus kearah menambah keimanan, amal islami, konsentrasi, kesihatan, kejituan semangat, keikhlasan jiwa, kepimpinan, interaksi social dan banyak lagi. 

Alhamdulillah kebelakangan ini dunia persilatan kembali aktif dan memainkan peranan penting dalam pembetukan peribadi generasi muda kita dalam konteks individu serta berkumpulan.

Kebangkitan semangat itu di sesetengah tempat nampaknya ada halangan dari segi gelanggang.  Ada pihak-pihak yang melihat perkembangan positif ini tidak menguntungkan mereka lalu mereka berusaha merobohkan gelanggang yang dibina. 

Kepada mereka yang gelanggangnya dirobohkan, bersabarlah.  

Pada hemat saya kawasan untuk gelanggang persilatan tidak perlukan tapak yang luas.  Kalau jadi pertikaian, tidak payah gelanggang besar.

-          Dalam kawasan rumah pun boleh

-          Gelanggang tidak bertutup pun boleh

-          Buat gelanggang ‘tutup bergerak’.  Tutupkan gelanggang dengan pagar mudah alih

-          Kawasan lapang depan surau atau dewan

                -          Dalam Jim / Kedai

Semoga kebangkitan persilatan ini dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada penguatan UMNO.  

 
CADANGAN USUL
Written by Administrator   
Thursday, 04 June 2009

 

Saya mencadangkan supaya dalam mesyuarat-mesyuarat cawangan ini dibuat satu usul berikut:-

Dengan ini kami mengusulkan kepada kepimpinan UMNO supaya serta merta berusaha mengembalikan kekuatan Biro Agama UMNO disemua peringkat supaya mereka boleh menggerakkan aktiviti-aktiviti keagamaan, sumber maklumat dan juga menjadi benteng hadapan dalam menghadapi serangan pihak lawan.

InsyaAllah dengan usaha, komitmen dan perjuangan semua pihak kita akan dapat mengembalikan teras kekuatan UMNO ini untuk kita mendapat kemenangan didunia dan akhirat.

 
KUATKAN TERAS UMNO – BIRO AGAMA
Written by Administrator   
Thursday, 04 June 2009

 

Selamat bersidang kepada semua ahli-ahli cawangan UMNO di seluruh negara. 

Kita sedia maklum bahawa salah satu teras kekuatan UMNO sejak penubuhannya adalah fokusnya kepada pembangunan syiar dan amali Islam yang dipikul oleh Biro Agama UMNO di peringkat Pusat, Bahagian, Cawangan termasuk di cabang-cabang Wanita, Pemuda dan yang terbaru Puteri.

Peranan Biro Agama begitu penting dalam UMNO menggerakkan kegiatan keagamaan di peringkat Kerajaan dan Jabatan Kerajaan tetapi yang paling penting diperingkat akar umbi. 

Kegiatan keagamaan UMNO seperti kumpulan BERZANZI, BACAAN  YASSIN DI MALAM JUMAAT, KELAS FARDU AIN & TAHFIZ (untuk kanal-kanak,  remaja & dewasa),  HAL-EHWAL NIKAH KAHWAIN, HAL- EHWAL KEMATIAN, MUSABAQAH dan lain-lain lagi.

Biasanya BIRO AGAMA ini diketuai oleh Ulamak atau Ustaz yang disegani oleh penduduk kerana ilmunya dan juga keikhlasan membuat kerja-kerja kemasyarakatan yang digerakkannya.  Merekalah yang akan mengumpulkan ustaz-ustaz muda dan ahli masyarakat untuk melaksana program.  Mereka juga yang membina hubungan dengan Sekolah Agama, Pondok dan Jabatan yang berkaitan agama.  Mereka juga yang menasihati muda mudi untuk menjalani penghidupan berlandaskan agama.

Suatu masa dulu Tok Guru Pondok, Guru Besar Sekolah, Ketua-Ketua Jabatan dan masyarakat keseluruhan termasuk pemimpin yang bukan Islam dalam BN ataupun parti-parti pembangkang mengenali dan segan dengan Pengerusi Biro Agama UMNO.

Jangan kita lupa begitu ramai Tok-Tok Guru Pondok yang dulu bersama dengan UMNO.  Sekarang pun masih ramai yang bersama UMNO tetapi UMNO gagal menghampiri dan menggerakkan mereka.

Pemimpin-pemimpin PAS segan dengan Pengerusi Biro Agama kerana ilmu dan kehebatan para Pengerusi Biro Agama UMNO adalah sama atau lebih tinggi dari para pemimpin PAS.

Namun pada hari ini kekuatan Biro Agama ini telah punah dan rata-rata aktiviti keagamaan masyarakat telah diambil oleh parti lawan.  Ahli-ahli UMNO terpaksa hadir dalam majlis-majlis keagamaan masyarakat setempat yang kini digerakkan oleh parti lawan.

Pada PRU-12 kita nampak jelas bahawa orang-orang Melayu yang mengundi PAS dan pakatan sumbang PAS-PKR-DAP itu kerana menganggap PAS lebih Islamik.  Anak-anak mereka yang bersekolah di sekolah-sekolah agama dan universiti-universiti yang dibena oleh kerajaaan UMNO-BN juga kata PAS lebih Islamik.  Ramai ustaz-ustaz sekolah rendah dan menengah Kebangsaan mengaku mengundi PAS, PKR dan DAP.  Ini kerana mereka dengar PAS kata pakatan PAS-PKR-DAP yang sumbang itu terima Islam dan pembentukan negara Islam.   

Boleh diagak enam dari sepuluh pelajar dan ustaz dari pusat-pusat pengajian tinggi adalah berpihak dan bersimpati dengan parti lawan.  Mereka aktif dalam menggerak atau mengikuti aktiviti parti lawan. 

Malangnya, empat orang yang UMNO atau bersimpati dengan UMNO pula hanya berdiam diri kerana tidak ada usaha dari pihak UMNO untuk menggerakkan mereka itu ataupun mereka berasa tertekan dan diangap tidak menyokong Islam oleh pihak lawan.

Oleh yang demikian UMNO mesti bertindak secara strategik mengembalikan semangat dan kekuatan Biro Agama UMNO.  UMNO memerlukan ahli-ahli agama,  ulamak dan usataz-ustaz yang berani kehadapan berdepan dengan PAS.  UMNO memerlukan ahli-ahli agama, ulamak dan ustaz yang menggerakkan aktiviti-aktiviti keagamaan. 

UMNO perlu menyebarkan dan membetulkan persepsi bahawa UMNO memang memperjuangkan dan melaksanakan Islam dinegara ini.

Sehubungan dengan itu saya mencadangkan supaya dalam mesyuarat-mesyuarat cawangan ini dibuat satu usul berikut:-

Dengan ini kami mengusulkan kepada kepimpinan UMNO supaya serta merta berusaha mengembalikan kekuatan Biro Agama UMNO disemua peringkat supaya mereka boleh menggerakkan aktiviti-aktiviti keagamaan, sumber maklumat dan juga menjadi benteng hadapan dalam menghadapi serangan pihak lawan.

InsyaAllah dengan usaha, komitmen dan perjuangan semua pihak kita akan dapat mengembalikan teras kekuatan UMNO ini untuk kita mendapat kemenangan didunia dan akhirat.

 
PAS BERKECERAMUK DENGAN MOGOK LAPAR
Written by Administrator   
Thursday, 28 May 2009

 

Sangat jelas PAS begitu berkeceramuk dibuatnya oleh YB. Datuk Seri Mohamad Nizar.  Mulanya Mogok Lapar lepas tu jadi Puasa.  Perbuatan Mogok Lapar itu silap yang boleh ‘memberi kesan kepada akidah Islamiah’. 

Apa boleh buat sekarang DAP sendiri memimpin usaha mengekalkan sokongan terhadap pakatan sumbang DAP-PKR-PAS itu.  Pemimpin PAS dan PKR  terpaksa akur dan mengikut.   

Lebih malang walaupun telah ditegur oleh ulamak mereka ada pemimpin PAS yang gairah mahu terus mempertahankan Mogok Lapar itu walaupun dengar khabarnya ramai yang ditahan di Balai Polis lupa yang mereka sedang mogok lapar.

Penyokong dan pengikut biasa PAS pun bingung melihat keceramukan pemimpin-pemimpin mereka yang kini juga sedang bertarung jawatan dalam Muktamar di Shah Alam nanti.

Keliling Lin +* Mogok Lapar =Puasa???

MasshaAllah.  Apa dah jadi!!! 

 
MELAYU DAN UMNO TENTANG USAHA BAWA MASUK CHIN PENG KE MALAYSIA
Written by Administrator   
Thursday, 28 May 2009

 

Strategi mempolitikkan dan mensosialkan isu membawa masuk Chin Peng ke Malaysia oleh beberapa pihak berkepentingan dilihat sebagai satu usaha untuk mengubah sejarah negara dan ia amat  menyakitkan hati serta menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India dan lainnya.

Selepas ribut Perak ada pula ribut Chin Peng.  Banyak meja kedai kopi yang retak akibat penumbuk yang dilepaskan oleh bukan anak-anak muda tetapi ‘oleh datuk-datuk’ walaupun biasanya sudah terketar bila mengambil makanan dan minuman di kaunter gerai atau kedai.  Mereka sangat marah dengan kelakuan pemimpin-pemimpin dan orang-orang yang berniat jahat itu. 

Amarahdizahirkan kerana mereka berpengalaman terlibat puluhan tahun berperang dengan komunis dihutan, pinggir bandar dan juga bandar.  Mereka melihat sahabat-sahabat hancur dan hilang nyawa dek jerangkap samar. Ramai yang terkorban dengan ditembak dan 'ambush'.  

Kepada orang Melayu, ingatlah apa yang terjadi dengan beberapa minggu Bintang Tiga mengganas diseluruh Malaya selepas pengunduran tentera Jepun.  Kalau tidak faham juga duduklah dengan datuk atau moyang tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Saya terkejut dan hairan hari ini ada ‘pemimpin-pemimpin’ Melayu dari PAS yang menyokong secara berlapik isu Chin Peng.  Bolehkah kita katakan ‘pemimpin-pemimpin’ itu telah khianat?  Pada saya memang boleh.

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, janganlah ada yang mengambil jalan yang sama dengan pemimpin-pemimpin PAS itu. 

Isu Chin Peng sangat jelas.  Semua rakyat Malaysia mesti memahami.  Melayu mesti memahami.  Umat Islam Malaysia mesti memahami . 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>